Dobi PITSTOP kini mula beroperasi di Taman Nuri, Jalan Dato Kumbar, Alor Setar bermula Oktober 2016. Kami menyediakan perkhidmatan cucian dan pengeringan dengan harga yang sangat berpatutan kepada pengguna sekitar Alor Setar khususnya berhampiran kawasan Taman Nuri. Cawangan kedua kami terletak di Taman Bandar Baru Mergong (belakang Hotel Grand Alora), Alor Setar. Kini cawangan ketiga merupakan cawangan terbaru kami akan beroperasi di Taman Saga, Alor Mengkudu (belakang Tesco Alor Mengkudu), Alor Setar pada penghujung Ogos 2017.
Perkhidmatan mesra pelanggan, mesin berkualiti dan bahan cucian yang bermutu supaya kualiti pakaian anda terjamin
Caj yang dikenakan adalah sangat berpatutan berbanding dengan pesaing kami samada untuk perkhidmatan cucian atau pengeringan
Proses cucian dan pengeringan yang pantas di bawah 1 jam, mengurangkan masa menunggu anda
Pilih mesin basuhan yang dikehendaki 10 / 14 / 28 kg. dan masukan pakaian.
Pilih suhu basuhan low / medium / high / delicate dan pastikan ianya bersesuaian dengan jenis kain
Masukan syiling / token mengikut kadar caj yang telah ditetapkan RM 4 / 5 / 6
Tekan butang START yang bewrna hijau untuk memulakan basuhan dan tunggu sehingga selesai
Dobi kami menyediakan mesin minuman layan diri untuk membolehkan pelanggan menghilangkan dahaga sementara menunggu cucian / keringan pakaian siap
Bagi menghilangkan rasa bosan menunggu, kami juga menyediakan kemudahan WIFI kepada pelanggan secara percuma untuk melayari internet sementara menunggu cucian / keringan pakaian siap
PITSTOP COIN LAUNDRY
881, Jalan Datuk Kumbar, Taman Nuri,05300 Alor Setar, Kedah
(Cawangan Mergong)
37, Bandar Baru Mergong, 05150 Alor Setar, Kedah
(Cawangan Alor Mengkudu)
37,Taman Saga, Alor Mengkudu, 05400 Alor Setar, Kedah
019-412 1010
24 Jam
Pihak PITSTOP juga menyediakan khidmat konsultasi berkaitan perniagaan dobi layan diri kepada mereka yang berminat
Sebarang pertanyaan atau komen sila klik butang di bawah
HUBUNGI KAMIPITSTOP COIN LAUNDRY (Taman Nuri)
PITSTOP COIN LAUNDRY (Mergong)
PITSTOP COIN LAUNDRY (Taman Saga)
Pihak PITSTOP Coin Laundry telah melakukan beberapa projek CSR bersama dengan pelajar-pelajar tahfiz daripada Maa'had Tahfiz As-Siddiqu, Jalan Pegawai Alor Setar di mana maa'had tersebut telah pun dijadikan sebagai anak angkat kepada PITSTOP Coin Laundry baru-baru ini.
Kami baru sahaja selesai program CSR (corporate social responsibility) iaitu melawat sebuah rumah yatim yg terletak di Jitra iaitu Pusat Jagaan Insan Kesayanganku. 27-07-2017, 5.00 ptg
Berat mata memandang , berat lagi bahu yg memikul. Begitulah yg dpt digmbarkn ketika melawat di rumah anak yatim & asnaf tersebut. Kedengaran suara-suara ank yatim & asnaf amat menyentuh hati bgi sesiapa yg melihat. Dibesarkan tanpa kedua - dua ibu bapa & kemiskinan bukan sesuatu yg mudah bgi kita semua terutamanya ketika sedang proses pembesaran.
Moga Allah swt sentiasa merahmati anak-anak syurga tersebut dan menjadi umat yg berguna di dunia mahupon akhirat.
Jika ada mana2 individu atau syarikat ingin membantu, boleh berhubung terus pusat ini. Segala bentuk bantuan amat dialu-alukan. .
VIDEO